21 Apr 2012

TEORI TAKMILAH.

Penulis Unknown pada 08:18
Pengasas Teori Takmilah


Teori ini diasaskan oleh Shafie Abu Bakar yang merupakan seorang pensyarah di Jabatan Pesuratan Melayu (JPM) Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1993. Teori ini dianggap satu-satunya teori sastera Islam di Malaysia yang memberi penekanan analisis dan kritikan berdasarkan secara langsung kepada konsep tauhid. Kemunculan teori ini telah membuka jalan alternatif kepada para sarjana dan pengkritik untuk melakukan kajian , analisis , ulasan dan kritikan berasaskan prinsip-prinsip keislaman.


Teori Takmilah muncul daripada pembentangan beberapa siri kertas kerja yang membincangkan  teori dan konsep sastera Islam. Perkataan “Takmilah” berasal daripada kata akar kamal yang bertalian dengan tajmilah dan Jamal . Takmilah merupakan istilah Arab yang bermaksud penyempurnaan.. pada permulaannnya kertas kerja yang berkaitan dengan teori ini telah ditulis oleh Shafie dengan tajuk “Sastera Islam : Teori Pengindahan Dan Penyempurnaan dalam Rangka Tauhid”. Menerusi kesinambungan kertas kerja yang pertama tersebut , Shafie meneruskan usahanya dalam kertas kerja yang bertajuk Teks Hadiqat al-Azhar wa al-Rahayin : Sebagai Model Sastera Islam dalam Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Melayu III anjuran Jabatan Persuratan  Melayu , Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 5-8 September 1993. Penggunaan istilah Takmilah akhirnya digunakan oleh Shafie sebagai judul kertas kerja semasa Nadwah Sastera Islam Antarabangsa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada 1-3 Disember 1993 dengan tajuk “Takmilah : Teori Sastera Islam”


Umumnya Teori Takmilah bersifat holistik yang melibatkan hubungan manusia , iaitu pengkarya dan khalayak menerusi karyanya dengan ketuhanan , kenabian , dan keilmuan. Oleh itu teori ini menggariskan tujuh prinsip yang yang mendasari aspek-aspek teori prinsip :

(1) Ketuhanan Yang Bersifat Kamal (sempurna) 
(2) Kerasulan Sebagai Insan Kamil (sempurna) 
(3) Keislaman Yang Bersifat Akmal (sempurna) 
(4) ilmu dengan sastera yang bersifat Takmilah (sempurna) 
(5) sastera sendiri yang berciri estetik dan bersifat Takmilah (sempurna dan menyempurnakan) 
(6) pengkarya yang seharusnya mengistikmalkan diri (menyempurnakan) 
(7) khalayak , bertujuan memupuk mereka ke arah insan Kamil (sempurna).


Antara buku yang membahasakan mengenai teori takmilah.

            

2 comments:

Unknown on 29 June 2020 at 14:55 said...

terima kasih diatas perkongsian ilmunya. sangat terbaik:)

Anonymous said...

Bagaimanakah untuk mendapatkan buku ini? Atau di manakah ia boleh didapati?

Post a Comment

 

Kisah Bahasa Melayu Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez