1.Kelemahan Teori Sastera Barat.
Model-model yang dikemukakan oleh sarjana barat tidak lengkap, bersifat berat sebelah dan memberi perhatian kepada satu-satu aspek sahaja. Teori berada dalam keadaan tidak stabil dan terdedah kepada idea-idea baru yang menentang atau mengubahsuai mana-mana bahagian yang dianggap lemah. Teori barat juga tidak dapat menyelongkari makna seakrabnya dengan karya-karya penulis Islam.
2.Perkembangan Pemikiran Islam.
Modenisme telah menyaksikan penolakan terhadap Islam dalam bidang kesusasteraan Melayu sebagaimana modenisme yang meminggirkan ajaran moral dan mendatangkan kemusnahan hidup dalam masyarkat Eropah pada awal abad ke -20. Keadaan ini telah berubah menjelang tahun-tahun 1970-an apabila keinginan untuk kembali kepada Islam itu mula kedengaran. Tercetusnya era kebangkitan Islam di Asia Tenggara , pengaruh gerakan Islam dari Timur Tengah dan kemunculan badan-badan berasaskan Islam di negara ini seperti ABIM, penglibatan kerajaan dan penubuhan institusi seperti Dewan Bahasa dan Pustaka.
3.Kesedaran Intelektual.
Kelemahan teori kesusasteraan barat dan menjelaskan kepincangan-kepincangan pemikiran barat dalam mentafsir dan menganalisis teks. Kesedaran intelektual yang tinggi menyebabkan tokoh tempatan melibatkan diri secara langsung dalam menyumbangkan idea bagi membudayakan bidang teori dan kritikan berasaskan pandangan Islam dan nilai-nilai tempatan.
4.Pengaruh Sarjana dan Teori Barat.
Hal ini dapat dilihat menerusi pengaruh Teori Psikoanalisis yang sangat ketara dalam Teori Teksdealisme, meskipun Mana Sikana telah menyaring , mengubahsuai mana-mana bahagian yang tidak sesuai dan dimantapkan dengan falsafah baharu yang disandarkan kepada konsep keberanian dan kebijaksanaan Watak Hang Tuah-Jebat.
5.Keperluan Bidang Kritikan berasaskn nilai tempatan.
Teori Kesusasteraan Melayu memenuhi keperluan dalam bidang kritikan sastera melayu itu sendiri yang bersifat jatidiri dan seiring dengan konteks sosiobudaya negara ini. Teori-teori kesusasteraan barat tidak dapat menjangkau ketinggian falsafah kehidupan orang-orang Melayu dan Islam kerana sifat sekular dan keterbatasan falsafahnya yang tidak mencecah dasar ketauhidan dan ketuhanan yang Haq.
0 comments:
Post a Comment