21 Apr 2012

Teori Konseptual Kata Kunci

Penulis Unknown pada 17:34


Mohamad Mokhtar Hassan

  

Teori konseptual kata kunci ini telah dikemukakan oleh Mohammad Mokhtar Hassan yang merupakan profesor Sastera Melayu Jabatan Kesusasteraan Melayu Universiti Malaya. Idea bagi menghasilkan teori ini bermula sewaktu penulis berusaha menyiapkan tesis Ijazah Doktor Falsafah di Australia National University, Canberra sejak penghujung tahun 1995 hingga awal tahun 1999 dengan terhasilnya tesis yang bertajuk “ Key Concepts in Usman Awang’s Short Stories: Developing A Critical Tradition”.
Setelah pulang ke Malaysia pada tahun 1999 penulis telah menulis beberapa kertas kerja dan artikel yang berkaitan dengan konseptual. Seterusnya pada tahun 2001, penulis telah melontarkan idea awal terhadap teori tersebut dalam kertas kerja yang bertajuk “ Pendekatan Kata Kunci: Satu kaedah dalam Kritikan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur dengan kerjasama Persatuan Pengkritik Malaysia bertempat di Hotel Park Royal, Kuala Lumpur pada 24-26 September.
 Dalam menghasilkan teori ini, Mohammad Mokhtar Hassan bertolak daripada tanggapan Anna Wierzika yang  merupakan seorang Profesor Linguistik di Australian University telah percaya bahawa budaya dan masyarakat boleh ditunjuk atau diperjelaskan kepada umum menerusi kata-kata kunci. Makna kata-kata yang hadir dalam kehidupan khalayak  membolehkan khalayak mengenali atau memahami kehidupan, citra dan budaya sesebuah masyarakat.  
Teori Konseptual Kata Kunci ini percaya bahawa setiap pengarang mempunyai kerangka konseptual terhadap sesuatu perkara yang dilihat dan diamatinya. Berdasarkan kepada kerangka ini pengkritik dapat mengarahkan tendensi linguistik kepada suatu konsep yang boleh membuktikan signifikasi makna teks dan menjustifikasikan tujuan pengarang. Jelasnya, kerangka konseptual ini dapat dikaji dan dibuktikan menerusi perkataan-perkataan yang dipilih oleh pengarang di dalam teksnya dan membuktikan makna teks dan tujuan pengarang.  Dalam teori ini pengarang tidak memilih perkataan secara rambang atau tanpa sebab-sebab tertentu dan khusus  semasa menulis sesebuah karya kesusasteraan

Prinsip-Prinsip dalam Teori Konseptual Kata Kunci.
·         Kepengaruhan
·         Pemilihan kata
·         Kesan

0 comments:

Post a Comment

 

Kisah Bahasa Melayu Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez