Berikut adalah senarai teori tempatan yang wujud di Malaysia.
KRITERIA-KRITERIA UNTUK MENENTUKAN SESUATU TEORI.
1. Proses Pembentukannya.
i. Pemerhatian
Pengkaji melakukan pemerhatian terhadap fenomena-fenomena yang terdapat di dalam teks, pengarang ataupun khalayak. Idea awal akan tercetus melalui pemerhatian ini. Kemudian pengkaji akan mengumpulkan beberapa gugusan idea.
ii. Pentafsiran
Idea-idea yang telah dijana semasa proses pemerhatian akan akan disusun dengan baik dan ditafsirkan sebagai penjelasan kepada fenomena yang diperhatikan.
iii. Memperhalusi
Sokongan data atau bukti empirikal membentuk generalisasi awal bagi memperhalusi pentafsiran.
iv. Penerangan
Rangka teori yang sudah terbentuk mampu menerangkan atau menjawab persoalan pengkaji terhadap fenomena yang diperhatikannya.
2. Gagasan idea atau saranan.
Himpunan atau beberapa idea awal yang membina konsepsi penteori.
3. Deskripsi.
Memperincikan hubungan-hubungan yang kelihatan berasaskan fenomena yang ditanggapi dengan idea yang dikonsepsikan secara sistematik dan beraturan.
4. Pengujian.
Menberi keabsahan dan legitimasinya sebagai teori kesusasteraan.
5. Pemurnian.
Teori yang telah dihasilkan perlulah dimurnikan semula baik oleh pembina teori mahupun pihak yang lain bagi memastikan teori itu mampu digunakan dalam sastera amali.
0 comments:
Post a Comment