21 Apr 2012

Teori Konseptual Kata Kunci

Penulis Unknown pada 17:34 0 comments


Mohamad Mokhtar Hassan

  

Teori konseptual kata kunci ini telah dikemukakan oleh Mohammad Mokhtar Hassan yang merupakan profesor Sastera Melayu Jabatan Kesusasteraan Melayu Universiti Malaya. Idea bagi menghasilkan teori ini bermula sewaktu penulis berusaha menyiapkan tesis Ijazah Doktor Falsafah di Australia National University, Canberra sejak penghujung tahun 1995 hingga awal tahun 1999 dengan terhasilnya tesis yang bertajuk “ Key Concepts in Usman Awang’s Short Stories: Developing A Critical Tradition”.
Setelah pulang ke Malaysia pada tahun 1999 penulis telah menulis beberapa kertas kerja dan artikel yang berkaitan dengan konseptual. Seterusnya pada tahun 2001, penulis telah melontarkan idea awal terhadap teori tersebut dalam kertas kerja yang bertajuk “ Pendekatan Kata Kunci: Satu kaedah dalam Kritikan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur dengan kerjasama Persatuan Pengkritik Malaysia bertempat di Hotel Park Royal, Kuala Lumpur pada 24-26 September.
 Dalam menghasilkan teori ini, Mohammad Mokhtar Hassan bertolak daripada tanggapan Anna Wierzika yang  merupakan seorang Profesor Linguistik di Australian University telah percaya bahawa budaya dan masyarakat boleh ditunjuk atau diperjelaskan kepada umum menerusi kata-kata kunci. Makna kata-kata yang hadir dalam kehidupan khalayak  membolehkan khalayak mengenali atau memahami kehidupan, citra dan budaya sesebuah masyarakat.  
Teori Konseptual Kata Kunci ini percaya bahawa setiap pengarang mempunyai kerangka konseptual terhadap sesuatu perkara yang dilihat dan diamatinya. Berdasarkan kepada kerangka ini pengkritik dapat mengarahkan tendensi linguistik kepada suatu konsep yang boleh membuktikan signifikasi makna teks dan menjustifikasikan tujuan pengarang. Jelasnya, kerangka konseptual ini dapat dikaji dan dibuktikan menerusi perkataan-perkataan yang dipilih oleh pengarang di dalam teksnya dan membuktikan makna teks dan tujuan pengarang.  Dalam teori ini pengarang tidak memilih perkataan secara rambang atau tanpa sebab-sebab tertentu dan khusus  semasa menulis sesebuah karya kesusasteraan

Prinsip-Prinsip dalam Teori Konseptual Kata Kunci.
·         Kepengaruhan
·         Pemilihan kata
·         Kesan

Teori Pengkaedahan Melayu

Penulis Unknown pada 17:26 0 comments

Hashim Awang


Hashim Awang telah mengutarakan teorinya yang dinamakan Teori Pengkaedahan Melayu. Teori ini mula diperkenalkan oleh beliau melalui kertas kerja seminar yang dibentangkan  dalam Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Melayu. Hashim Awang telah mengemukakan teori ini dengan merujuk kepada kitab Tahul Muluk yang mengandungi pelbagai ilmu dan panduan hidup yang cukup popular dalam kalangan generasi tua. Menurut beliau, kitab itu membincangkan enam perkara pokok iaitu mengenai manusia, kesihatan (perubatan) manusia, sifat dan geraklaku manusia, mimpi dan firasat, cakerawala dan perumahan.
           
 Hashim Awang telah mengenengahkan dua pengkaedahan
          i.            Pengkaedahan Alamiah
Pengkaedahan Alamiah merujuk secara langsung kepada faktor alam yang menjadi latar kehidupan. Pendekatan Gunaan, Pendekatan Moral dan Pendekatan Firasat.
                                                                                                           
        ii.            Pengkaedahan Keagamaan.
merupakan satu pendekatan yang berdasarkan kepada keimanan yang bersendikan akidah agama Islam. Dalam pendekatan ini terdapat tiga pendekatan yang saling berhubungkait iaitu Pendekatan Dakwah, Pendekatan Masyarakat dan Pendekatan Seni. 

Asas Pembinaan Teori

Penulis Unknown pada 11:03 0 comments

  1. Melayu (jati diri)
  2. Islam (Takmilah, Persuratan Baharu, Pengkaedahan Melayu)
  3. Nilai-nilai barat.
  4. Pengaruh luar selain barat. 


Rajah pengaruh pembentukan teori tempatan

CARA MENENTUKAN TEORI

Penulis Unknown pada 10:50 0 comments


Berikut adalah senarai teori tempatan yang wujud di Malaysia.








KRITERIA-KRITERIA UNTUK MENENTUKAN SESUATU TEORI.


1.      Proses Pembentukannya.

                                i.            Pemerhatian
Pengkaji melakukan pemerhatian terhadap fenomena-fenomena yang terdapat di dalam teks, pengarang ataupun khalayak. Idea awal akan tercetus melalui pemerhatian ini. Kemudian pengkaji akan mengumpulkan beberapa gugusan idea.

                              ii.            Pentafsiran
Idea-idea yang telah dijana semasa proses pemerhatian akan akan disusun dengan baik dan ditafsirkan sebagai penjelasan kepada fenomena yang diperhatikan.

                            iii.            Memperhalusi
Sokongan data atau bukti empirikal membentuk generalisasi awal bagi memperhalusi pentafsiran.


                            iv.            Penerangan
Rangka teori yang sudah terbentuk mampu menerangkan atau menjawab persoalan pengkaji terhadap fenomena yang diperhatikannya.

2.      Gagasan idea atau saranan.
Himpunan atau beberapa idea awal yang membina konsepsi penteori.

3.      Deskripsi.
Memperincikan hubungan-hubungan yang kelihatan berasaskan fenomena yang ditanggapi dengan idea yang dikonsepsikan secara sistematik dan beraturan.

4.      Pengujian.
Menberi keabsahan dan legitimasinya sebagai teori kesusasteraan.

5.      Pemurnian.
Teori yang telah dihasilkan perlulah dimurnikan semula baik oleh pembina teori  mahupun pihak yang lain bagi memastikan teori itu mampu digunakan dalam sastera amali.


ABDUL HALIM ALI

Penulis Unknown pada 10:23 0 comments





Abdul Halim Ali atau nama penanya A. Halim Ali berkelulusan ijazah doktor falsafah (Ph.D) dalam bidang teori dan kritikan sastera ialah pensyarah Kanan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris , Tanjung Malim Perak. Abdul Halim aktif berkarya dalam bidang teori dan krirtikan sastera , puisi Melayu dan kaedah pengajaran.

            Anatara karya beliau ialah Bingkisan Sastera (2003), Di Sekitar Puisi Melayu Moden (2004), Teori dan Kritikan Sastera : Barat dan Malaysia (2006) dan Mendekati Puisi Tradisional (2006). Banyak lagi sumbangan beliau dalam bidang teori kesusasteraan. Sepanjang penglibatannya dalam pentadbiran beliau pernah menjawat jawatan sebagai setiausaha Sekretariat Kursi Za’ba, UPSI Penyelaras Program Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Timbalan Dekan Pengurusan dan Penyelidikan , Fakulti Bahasa Universiti Pendidikan Sultan Idris , Felo Institut Peradaban Melayu mulai 1 Mac dilantik sebagai Penyelaras Unit Alumni UPSI. Abdul Halim juga merupakan Presiden Persatuan Penulis Budiman  Malaysia (BUDIMAN).

Tokoh Pengkritik Tempatan

Penulis Unknown pada 09:42 0 comments
SHAFIE ABU BAKAR.



Shafie Abu Bakar telah dilahirkan pada 27 Mei 1942, di Paka, Dungun,Terengganu Darul Iman.Shafie Abu Bakar mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu, Kampung Nyiur, Paka, Terengganu Darul Iman dari tahun 1949 hingga1955 dan di Sekolah Arab Kuala Berang dari tahun 1956 hingga 1958. Pada tahun 1958.Hingga 1962 Shafie belajar di Sekolah Menengah Agama( Arab ) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu dan lulus Ibtidai Lima dan Thanawi Sembilan. 


 Semasa menjadi guru Sekolah Menengah Agama di Terengganu (1963-1970), Shafie Abu Bakar belajar secara persendirian dan lulus Sijil Rendah Pelajaran pada tahun 1964, Sijil Pelajaran Malaysia (1966) dan Sijil Tinggi Pelajaran (1969).Apabila Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ) ditubuhkan pada tahun1970, ShafieAbu Bakar adalah antara mahasiswa sulungnya. Di situ beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian Kelas Satu pada tahun 1974. Shafie Abu Bakar turut memperoleh Diploma Pendidikan dengan Kepujian dari universiti yang sama pada tahun1975. Kemudian pada tahun1977, beliau mendapat Ijazah Sarjana Persuratan dan akhirnya pada tahun 1991 .Shafie Abu Bakar juga memperoleh Ijazah Doktor Falsafah juga dari UKM.

Shafie Abu Bakar telah menghasilkan pelbagai puisi. Antaranya ialah Antologi Puisi - Puisi Bangi pada tahun 1978. Selain itu, Antologi Puisi - Puisi Nusantara telah dihasilkan 1981 dan Antologi Titian Zaman telah dihasilkan pada tahun 1982. Seterusnya, Antologi Bahasa Alamn dan Antologi Bintang Mengerdip pula telah dihasilkan pada tahun 1984. Pada tahun 1986  Antologi Bunga Gerimis telah dihasilkan. Shafie Abu Bakar telah menghasilkan Kumpulan Puisi Malaysia 1975-1985 pada tahun 1985.Antologi Mengenang-Mu : Puisi - Puisi Melayu Berunsur Islam telah dihasilkan pada tahun 1989.Selain itu, Antologi Puisi Baharu Melayu 1961-1986 telah dihasilkan pada tahun 1990.Wajah Diri telah dihasilkan pada tahun 1995. Antologi Puncak Rindu telah dihasilkan pada tahun 1996 dan Antologi Madu Ilmu  pada tahun 1999.

Aplikasi Teori Takmilah Dalam Antologi Puisi Kemanusiaan II “Wahai Api Jadilah Dingin Jadilah Embun

Penulis Unknown pada 09:05 0 comments


1)                 Prinsip ketuhanan yang bersifat Kamal (sempurna).
         
 Syahid , Jalan Pilihan Terakhir (rangkap ke lima dan enam).

Ya Allah,
Tangisan kami telah kering,
Darah Syuhada kami dimana-mana,
Kubur kami terlalu segera,
Saudara kami entah dimana.

Ya Allah,
Ampunkan dosa-dosa kami,
Berikan cahaya suci kepada kami,
Kembalikanlah kubah kesayangan kami,
Izinkanlah kami berinjak selesa di bumi sendiri.

2)            Perhubungan dengan Rasul sebagai Insan Kamil. 


        Puisi Duka Palestin (rangkap empat)

...
Lalu mereka berlayar di sungai ikhlas lautan sabar
Untuk mencari nabi Muhammad pembimbingnya
Menemui kesucian Allah yang Maha Besar
Yang akan memberi kemenangan hakiki!


3)            Prinsip Keislaman yang bersifat Akmal.

Monolog Palestin (rangkap dua)
Ya Allah , Ya Tuhan Kami
Tiada indah hidup di dunia
Melainkan berzikir dan menyebut nama-Mu
Ya Allah....
Tiada indah tiba di Akhirat yang abadi
Kecuali dengan maqfirahMu



4)               Prinsip Hubungan Takmilah dengan Ilmu dan Sastera yang bersifat Takamul.

Saudara Seislamku (rangkap empat dan lima).
Tak siapa yang dapat menduga
Perasaan anak kecil Palestin di bumi anbia

...
Wahai saudara seIslamku
Umat junjungan Rasulallah S.A.W


5)              5) Prinsip Hubungan Takmilah dengan Karya Yang Berciri Estetik.

            Unsur personifikasi.
...
Dari suara awan dari langit cakerawala
Dari suara lantai bumi Palestin yang retak
Dari suara dinding persaudaraan yang kukuh
(Wahai Api Jadilah Dingin Jadilah Embun rangkap dua)




6)             Prinsip pada Pengkarya yang Seharusnya Mengistikmalkan Diri (menyempurnakan).

Wahai Api Jadilah Dingin Jadilah Embun (rangkap lima.)
...
Aku yang jauh disini mengasah doa dilangit
Melarik kata puitis dengan jiwa dan air mata
Lukamu berdarah dan mengalir didada puisi api
Kubebat hanyirnya dengan syair kasturi
Dengan diksi puisi embun
Dalam zikir puisi bertahun.





7)                  Prinsip Hubungan Takmilah dengan Khalayak yang Memupuk ke arah Insan Kamil.

Selamatkanlah Bumi Palestin (rangkap empat)
                        ...
                        Sungguh!!! Tidak berperikemanusiaan...
                        Peperangan bukan satu jalan penyelesaiannya..




Aplikasi teori takmilah juga boleh digunakan dalam sajak ini:





TEORI TAKMILAH.

Penulis Unknown pada 08:18 2 comments
Pengasas Teori Takmilah


Teori ini diasaskan oleh Shafie Abu Bakar yang merupakan seorang pensyarah di Jabatan Pesuratan Melayu (JPM) Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1993. Teori ini dianggap satu-satunya teori sastera Islam di Malaysia yang memberi penekanan analisis dan kritikan berdasarkan secara langsung kepada konsep tauhid. Kemunculan teori ini telah membuka jalan alternatif kepada para sarjana dan pengkritik untuk melakukan kajian , analisis , ulasan dan kritikan berasaskan prinsip-prinsip keislaman.


Teori Takmilah muncul daripada pembentangan beberapa siri kertas kerja yang membincangkan  teori dan konsep sastera Islam. Perkataan “Takmilah” berasal daripada kata akar kamal yang bertalian dengan tajmilah dan Jamal . Takmilah merupakan istilah Arab yang bermaksud penyempurnaan.. pada permulaannnya kertas kerja yang berkaitan dengan teori ini telah ditulis oleh Shafie dengan tajuk “Sastera Islam : Teori Pengindahan Dan Penyempurnaan dalam Rangka Tauhid”. Menerusi kesinambungan kertas kerja yang pertama tersebut , Shafie meneruskan usahanya dalam kertas kerja yang bertajuk Teks Hadiqat al-Azhar wa al-Rahayin : Sebagai Model Sastera Islam dalam Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Melayu III anjuran Jabatan Persuratan  Melayu , Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 5-8 September 1993. Penggunaan istilah Takmilah akhirnya digunakan oleh Shafie sebagai judul kertas kerja semasa Nadwah Sastera Islam Antarabangsa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada 1-3 Disember 1993 dengan tajuk “Takmilah : Teori Sastera Islam”


Umumnya Teori Takmilah bersifat holistik yang melibatkan hubungan manusia , iaitu pengkarya dan khalayak menerusi karyanya dengan ketuhanan , kenabian , dan keilmuan. Oleh itu teori ini menggariskan tujuh prinsip yang yang mendasari aspek-aspek teori prinsip :

(1) Ketuhanan Yang Bersifat Kamal (sempurna) 
(2) Kerasulan Sebagai Insan Kamil (sempurna) 
(3) Keislaman Yang Bersifat Akmal (sempurna) 
(4) ilmu dengan sastera yang bersifat Takmilah (sempurna) 
(5) sastera sendiri yang berciri estetik dan bersifat Takmilah (sempurna dan menyempurnakan) 
(6) pengkarya yang seharusnya mengistikmalkan diri (menyempurnakan) 
(7) khalayak , bertujuan memupuk mereka ke arah insan Kamil (sempurna).


Antara buku yang membahasakan mengenai teori takmilah.

            

Bidang Ilmu Sastera

Penulis Unknown pada 08:11 0 comments




DEFINISI TEORI SASTERA.


1.      Hashim Awang.
Teori sastera adalah pengajian tentang prinsip-prinsip kesusasteraan , kategori-kategori , kriteria dan sebagainya.

2.      Mohamad Mokhtar Hassan
Teori sastera melihat anasir-anasir diluar sastera seperti penulis,masyarakat dan peminat sebagai usaha mencari formula dan paradigm bagi panduan berbicara tentang prinsip-prinsip berkaitan dengan karya sastera.




Bidang sastera


Menerusi pendapat yang telah dikemukakan oleh tokoh diatas dapatlah disimpulkan bahawa teori sastera merupakan suatu gagasan idea atau konsep yang membentuk suatu tanggapan bagi memahami dan menjelaskan sesuatu fenomena kesusasteraan berasaskan aturan yang sistematik.


Faktor yang mempengaruhi Teori Tempatan.

Penulis Unknown pada 07:49 0 comments
1.Kelemahan Teori Sastera Barat.
    
Model-model yang dikemukakan oleh sarjana barat tidak lengkap, bersifat berat sebelah dan memberi perhatian kepada satu-satu aspek sahaja. Teori berada dalam keadaan tidak stabil dan terdedah kepada idea-idea baru yang menentang atau mengubahsuai mana-mana bahagian yang dianggap lemah. Teori barat juga tidak dapat menyelongkari makna seakrabnya dengan karya-karya penulis Islam.

2.Perkembangan Pemikiran Islam.

Modenisme telah menyaksikan penolakan terhadap Islam dalam bidang kesusasteraan Melayu sebagaimana modenisme yang meminggirkan ajaran moral dan mendatangkan kemusnahan hidup dalam masyarkat Eropah pada awal abad ke -20. Keadaan ini telah berubah menjelang tahun-tahun 1970-an apabila keinginan untuk kembali kepada Islam itu mula kedengaran. Tercetusnya era kebangkitan Islam di Asia Tenggara , pengaruh gerakan Islam dari Timur Tengah dan kemunculan badan-badan berasaskan Islam di negara ini seperti ABIM, penglibatan kerajaan dan penubuhan institusi seperti Dewan Bahasa dan Pustaka.

3.Kesedaran Intelektual.

Kelemahan teori kesusasteraan barat dan menjelaskan kepincangan-kepincangan pemikiran barat dalam mentafsir dan menganalisis teks. Kesedaran intelektual yang tinggi menyebabkan tokoh tempatan melibatkan diri secara langsung dalam menyumbangkan idea bagi membudayakan bidang teori dan kritikan berasaskan pandangan Islam dan nilai-nilai tempatan.

4.Pengaruh Sarjana dan Teori Barat.

Hal ini dapat dilihat menerusi pengaruh Teori Psikoanalisis yang sangat ketara dalam Teori Teksdealisme, meskipun Mana Sikana telah menyaring , mengubahsuai mana-mana bahagian yang tidak sesuai dan dimantapkan dengan falsafah baharu yang disandarkan kepada konsep keberanian dan kebijaksanaan Watak Hang Tuah-Jebat.

5.Keperluan Bidang Kritikan berasaskn nilai tempatan.

Teori Kesusasteraan Melayu memenuhi keperluan dalam bidang kritikan sastera melayu itu sendiri yang bersifat jatidiri dan seiring dengan konteks sosiobudaya negara ini. Teori-teori kesusasteraan barat tidak dapat menjangkau ketinggian falsafah kehidupan orang-orang Melayu dan Islam kerana sifat sekular dan keterbatasan falsafahnya yang tidak mencecah dasar ketauhidan dan ketuhanan yang Haq.
 

Kisah Bahasa Melayu Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez